Bagaimana hendak membuat Congkak
Bahan-bahan:
- Kayu Rambutan atau kayu hutan
Cara-cara:
- Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
- Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian, tetapi satu bahagian sahaja yang diperlukan.
- Gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
- Kayu itu akan dibuat menjadi lubang. Lubang itu akan mempunyai dua baris dan dinamakan 'kampung'.
- Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
- Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. supaya ia tidak menggelikan jari-jari pemain.
- Kemudian, kita harus menghias congkak tersebut dengan corak-corak dan sebagainya.
Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.
No comments:
Post a Comment