Wednesday, July 21, 2010

PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

Hari Keharmonian Kaum

Hari ini adalah Hari Keharmonian Kaum. Ramai kawan-kawan dan juga guru-guru yang memakai baju tradisional mereka. Ada juga kawan saya yang memakai baju tradisional kaum yang lain. Kawan Melayu saya memakai baju tradisional India, dan sebagainya.

Kenapa kita menyambut Hari Keharmonian Kaum? Ia adalah untuk mengingati kita tentang pergatuhan kaum yang berlaku pada 21 Julai 1964. Pada Hari Keharmonian Kaum, seluruh sekolah di Singapura menggalakan pelajar-pelajar untuk memakai baju tradisional apabila ke sekolah.

Aktiviti yang diadakan adalah mempelajari tentang kaum yang lain, dan ada pertandigan kelas.
Apa yang lain tentang sekolah rendah dan sekolah menegah adalah, di sekolah rendah, ada makanan tradisional yang dijual di kantin dan ada juga belajar tentang kaum lain di kelas.
Di sekolah menegah pula, kami ada pertandigan kelas. Pada pendapat saya, saya rasa yang Singapura sangat berharmoni dan kita harus menghormati satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama.

No comments:

Post a Comment