Saturday, February 25, 2012

ENTRI 3

Cenderawasih adalah lagu popular Dikir Barat. 


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

ENTRI 2

Siapakah perserta-perserta Dikir Barat?

Perserta Dikir Barat mempunyai tiga bahagian dan ia adalah:

- Juara

-Tukang Karut

-Awok-awok

Satu kumpulan mempunyai 10-15 orang.

(Gambar-gambar dipetik daripada: http://cca.sg/2011/07/27/dikir-barat/)

ENTRI 1

ASAL-USUL DIKIR BARAT


Dimanakah asal-usul Dikir Barat? Sebenarnya, terdapat beberapa tempat yang mengenai usulnya. Tetapi sebenarnya, Dikir Barat, lebih dikenali sebagai Dikir Kaut, dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

(Gambar dipetik daripada: http://dikirbarat.com/)

Saturday, September 18, 2010

Karangan

"Kalau di sana, jangan masuk ke dalam bilik!" Ibu selalu berpesan apabila saya mahu ke rumah kawan-kawan. Kita harus selalu berlaku baik apabila di rumah orang. Ibu saya sudah mengajar saya pelbagai adat berziarah melayu Islam. Satu daripadanya ialah untuk jangan memasuki bilik tuan rumah.


Pada masa dulu, apabila saya masih budak kecil, ibubapa saya telah membawa saya pergi ke rumah makcik saya. Pada masa itu, saya berumur 6 ke 7 tahun. Apabila memasuki rumah itu, saya terus berlari masuk ke dalam sebuah bilik kerana ternampak sesuatu yang berwarna merah jambu. Ibu saya telah memarahi saya dan memberitahu yang apa saya buat adalah salah. Kalau kita memasuki bilik tanpa bertanya, ia menganggu pribadi tuan rumah.


Kita juga tidak boleh bercakap dengan kuat. Ini boleh menganggu orang lain yang berada di dalam rumah itu. Kalau hendak bercakap, bercakaplah dengan perlahan-lahan. Kalau kita bercakap dengan kuat, orang lain boleh berfikir yang kita tidak mempunyai sopan santun. Jadi, kalau hendak bercakap, jangan bercakap dengan kuat.


Kalau hendak megunjungi kawan-kawan, saudara-marah dan sebagainya, kita harus mengunjungi mereka pada masa yang sesuai. Masa yang sesuai adalah pada hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum. Masa yang sesuai adalah pada masa 2-7. Saya mempunyai pengalaman yang pada Hari Raya, satu keluarga telah mengunjungi rumah saya pada lewat malam. Ibubapa saya sangat marah tetapi mereka tidak menunjukkanya kepada keluarga itu. Mereka telah ke rumah saya pada pukul 10 malam, dan ibu saya baru hendak tidur! Naib baik ibu saya murah hati. Keluarga itu pun beredar dari rumah saya pada jam 11 malam. Daripada ini, kita tidak harus bersikap begitu kerana apabila mengunjungi orang pada masa yang lambat, ia menganggu tuan rumah, kerana sudah lewat malam.


Inilah sikit daripada adab berziarah orang Islam. Kita harus mematuhi adab-adab kaum dan agama kami!

Monday, July 26, 2010

PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS

Hai para pembaca... Ini adalah entri terakhir saya. Saya gembira kerana mendapat pengalaman ini. Saya juga harap yang pembaca-pembaca juga menyukai dan suka membaca blog saya ini.
Sekian terima kasih!

PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEPULUH

Apa khabar pembaca? Saya telah mengetahui yang sebenarnya, ada banyak jenis gasing. Sedikit jenis gasing yang ramai tidak kenali adalah:- Gasing Cina
- Gasing Buku Benang
- Gasing Kuno



Video ini menunjukkan bagaimana lelaki ini bermain dengan gasing.





Video ini pula menunjukkan bagaimana hendak bermain congkak. Saya meminta maaf kerana ia di dalam bahasa Ingerris, tetapi saya tidak boleh cari yang di dalam Bahasa Melayu.


Saya akan mengakhir entri untuk kali ini. Harap anda akan menikmati video-video ini!

PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN

Selamat sejahtera pembaca! Hari ini saya akan menulis lebih dengan permainan tradisional, seperti bagaimana hendak membuat congkak sendiri. 


Bagaimana hendak membuat Congkak
Bahan-bahan:
- Kayu Rambutan atau kayu hutan


Cara-cara:

  1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
  2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian, tetapi satu bahagian sahaja yang diperlukan.
  3. Gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
  4. Kayu itu akan dibuat menjadi lubang. Lubang itu akan mempunyai dua baris dan dinamakan 'kampung'.
  5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
  6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. supaya ia tidak menggelikan jari-jari pemain.
  7. Kemudian, kita harus menghias congkak tersebut dengan corak-corak dan sebagainya.



Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.