Saturday, September 18, 2010

Karangan

"Kalau di sana, jangan masuk ke dalam bilik!" Ibu selalu berpesan apabila saya mahu ke rumah kawan-kawan. Kita harus selalu berlaku baik apabila di rumah orang. Ibu saya sudah mengajar saya pelbagai adat berziarah melayu Islam. Satu daripadanya ialah untuk jangan memasuki bilik tuan rumah.


Pada masa dulu, apabila saya masih budak kecil, ibubapa saya telah membawa saya pergi ke rumah makcik saya. Pada masa itu, saya berumur 6 ke 7 tahun. Apabila memasuki rumah itu, saya terus berlari masuk ke dalam sebuah bilik kerana ternampak sesuatu yang berwarna merah jambu. Ibu saya telah memarahi saya dan memberitahu yang apa saya buat adalah salah. Kalau kita memasuki bilik tanpa bertanya, ia menganggu pribadi tuan rumah.


Kita juga tidak boleh bercakap dengan kuat. Ini boleh menganggu orang lain yang berada di dalam rumah itu. Kalau hendak bercakap, bercakaplah dengan perlahan-lahan. Kalau kita bercakap dengan kuat, orang lain boleh berfikir yang kita tidak mempunyai sopan santun. Jadi, kalau hendak bercakap, jangan bercakap dengan kuat.


Kalau hendak megunjungi kawan-kawan, saudara-marah dan sebagainya, kita harus mengunjungi mereka pada masa yang sesuai. Masa yang sesuai adalah pada hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum. Masa yang sesuai adalah pada masa 2-7. Saya mempunyai pengalaman yang pada Hari Raya, satu keluarga telah mengunjungi rumah saya pada lewat malam. Ibubapa saya sangat marah tetapi mereka tidak menunjukkanya kepada keluarga itu. Mereka telah ke rumah saya pada pukul 10 malam, dan ibu saya baru hendak tidur! Naib baik ibu saya murah hati. Keluarga itu pun beredar dari rumah saya pada jam 11 malam. Daripada ini, kita tidak harus bersikap begitu kerana apabila mengunjungi orang pada masa yang lambat, ia menganggu tuan rumah, kerana sudah lewat malam.


Inilah sikit daripada adab berziarah orang Islam. Kita harus mematuhi adab-adab kaum dan agama kami!

No comments:

Post a Comment