Monday, July 26, 2010

Sunday, July 25, 2010

PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

Check out this SlideShare Presentation:

Wednesday, July 21, 2010

PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

Bagaimana hendak bermain congkak?

; Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya.
; Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
; Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
; Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, ia akan mati.





PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

Hari Keharmonian Kaum

Hari ini adalah Hari Keharmonian Kaum. Ramai kawan-kawan dan juga guru-guru yang memakai baju tradisional mereka. Ada juga kawan saya yang memakai baju tradisional kaum yang lain. Kawan Melayu saya memakai baju tradisional India, dan sebagainya.

Kenapa kita menyambut Hari Keharmonian Kaum? Ia adalah untuk mengingati kita tentang pergatuhan kaum yang berlaku pada 21 Julai 1964. Pada Hari Keharmonian Kaum, seluruh sekolah di Singapura menggalakan pelajar-pelajar untuk memakai baju tradisional apabila ke sekolah.

Aktiviti yang diadakan adalah mempelajari tentang kaum yang lain, dan ada pertandigan kelas.
Apa yang lain tentang sekolah rendah dan sekolah menegah adalah, di sekolah rendah, ada makanan tradisional yang dijual di kantin dan ada juga belajar tentang kaum lain di kelas.
Di sekolah menegah pula, kami ada pertandigan kelas. Pada pendapat saya, saya rasa yang Singapura sangat berharmoni dan kita harus menghormati satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama.

PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT

Permainan Tradisional

Congkak
Apa itu 'congkak'?

Congkak adalah permainan tradisional melayu. Congkak dipercai berasal daripada Arab dan Africa. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina pula, sungka. Di Malaysia dan Singapura, ia dikenali sebagai congkak.

Bagaimana hendak bermain congkak?
Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

Friday, July 16, 2010

PERTANDIGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA






Asal-usul Nasi Lemak

Nasi Lemak berasal daripada Melaka, Malaysia. Ia adalah makanan kebangsaan warga Malaysia. Nasi Lemak selalunya dimakan pada waktu pagi.
Nasi Lemak selalunya dibungkus dengan daun pisang, harisan timun, kacang goreng, telur rebus, ikan bilis dan sambal. Nasi Lemak juga boleh
dimakan dengan ayam goreng atau paru goreng.



Asal-usul Sate

Sate berasal daripada Java, Indonesia. Sate adalah potongan daging kecil yang dicucuk dan dipanggang, dan disajikan dengan kuah kacang. Sate juga boleh dimakan dengan ketupat dan bawang hiris, seperti di gambar.





Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEDUA


Makanan Tradisional

Saya memilih makanan tradisional kerana ia dikenali dengan ramai orang. Ia dimakan dengan orang dulu dan juga orang sekarang. Saya akan mebuat kajian tentang bagaimana makanan ini dimakan, dibuat dan mengapa orang suka memakannya.




Permainan Tradisonal

Saya memilih ini kerana pada masa dulu, permainan ini dimain dengan semua orang, tidak kira umur, walaupun tua atau muda. Tetapi sekarang, dengan zaman canggih ini, tidak ramai orang yang bermain dengan gasing atau congkak, dan ada juga yang tidak tahu apa-apa tentangnya. Saya akan membuat kajian dengan bagaimana ia dimain.