Saturday, February 25, 2012

ENTRI 3

Cenderawasih adalah lagu popular Dikir Barat. 


Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

ENTRI 2

Siapakah perserta-perserta Dikir Barat?

Perserta Dikir Barat mempunyai tiga bahagian dan ia adalah:

- Juara

-Tukang Karut

-Awok-awok

Satu kumpulan mempunyai 10-15 orang.

(Gambar-gambar dipetik daripada: http://cca.sg/2011/07/27/dikir-barat/)

ENTRI 1

ASAL-USUL DIKIR BARAT


Dimanakah asal-usul Dikir Barat? Sebenarnya, terdapat beberapa tempat yang mengenai usulnya. Tetapi sebenarnya, Dikir Barat, lebih dikenali sebagai Dikir Kaut, dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

(Gambar dipetik daripada: http://dikirbarat.com/)